SOALAN LAZIM (FAQ)

 Q :  Bila dan di mana Konvensyen ICC/KIK Malaysia 2022 ini akan diadakan?

 A : Konvensyen ini akan diadakan selama 2 hari iaitu pada 23 dan 24 November 2022 bertempat di Hotel Premiera, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

 Q : Siapakah Penganjur Konvensyen ICC/KIK Malaysia 2022 ini?

 A : Penganjur Kovensyen ini adalah QKM Consults Sdn. Bhd. dengan kerjasama Associates Consultants ICC/KIK yang merupakan barisan perunding yang berpengalaman luas di dalam bidang kualiti, kreativiti dan inovasi.

 Q : Siapakah QKM Consults Sdn. Bhd?

 A : QKM Consults Sdn. Bhd. (QKM) merupakan sebuah entiti perunding latihan yang memfokus kepada pengurusan kualiti, pembangunan kreativiti dan inovasi serta modal insan. QKM turut berpengalaman luas di dalam penganjuran program-program termasuk di peringkat nasional antaranya :

  • Persidangan Kebangsaan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) - 2002
  • Simposium Kebangsaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK/ICC) - 2012, 2014
  • Seminar Pengurusan Kualiti - 2013
  • Bengkel Perdana Kumpulan Inovatif dan Kreatif - 2014
  • Bicara Intelektual Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) - 2016, 2018

 Q : Adakah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) terlibat secara langsung di dalam penganjuran Konvensyen ICC/KIK Malaysia 2022 ini?

A : Tidak. MPC tidak terlibat di dalam penganjuran Konvensyen ini. Penganjur juga bukan perunding yang dilantik oleh pihak MPC bagi mengadakan program ini. Walau bagaimanapun, penganjur telah memohon kebenaran dari pihak pengurusan atasan MPC untuk menganjurkan Konvensyen ini. Pihak MPC mengatakan mereka tiada halangan dan membuka peluang kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menganjurkan Konvensyen ICC/KIK seperti ini memandangkan pihak MPC tidak akan mengadakan Konvensyen ARIsE Peringkat Kebangsaan seperti tahun sebelumnya.

Oleh yang demikian, pihak QKM Consult dan beberapa oranag Associates Consultants ICC/KIK yang berpengalaman telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Konvensyen ini bagi memberi peluang kepada Kumpulan-Kumpulan ICC/KIK mempersembahkan ('showcase') hasil projek inovasi yang mereka telah laksanakan.

Q : Apakah objektif penganjuran Konvensyen ICC/KIK Malaysia 2022 ini?

A : Di antara objektif penganjuran Konvensyen ini adalah :

  • Menyediakan platform untuk kumpulan ICC/KIK mempersembahkan projek mereka di peringkat nasional;
  • Meningkatkan daya saing di antara syarikat di Malaysia dengan berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam melaksanakan projek ICC/KIK;
  • Menyediakan platform untuk menandaaras inisiatif inovasi dan penambahbaikan berterusan di syarikat serta sektor awam;
  • Mengenalpasti projek-projek yang berpotensi dan berimpak tinggi dan boleh mewakili Malaysia ke konvensyen di peringkat antarabangsa;
  • Memberi pengiktirafan kepada kumpulan-kumpulan yang telah berjaya melaksanakan projek dan membuat pembentangan projek.

Q : Siapa yang boleh menyertai Konvensyen ICC/KIK Malaysia 2022 ini?

A : Konvensyen ini terbuka kepada semua Kumpulan ICC/KIK samada dari syarikat swasta, kementerian, kerajaan negeri, agensi kerajaan, SME, sektor perkilangan, institusi pendidikan dan lain-lain yang berminat untuk 'showcase' kejayaan melaksanakan projek inovasi di organisasi masing-masing.

Q : Apakah format skema pemarkahan yang digunakan di dalam Konvensyen ICC/KIK Malaysia 2022 ini?

A : Sila klik di sini untuk melihat format skema pemarkahan Konvensyen ini.

Q : Berapakah bilangan ahli Kumpulan yang dibenarkan untuk menyertai Konvensyen ICC/KIK Malaysia 2022 ini?

A : Bilangan Ahli Kumpulan, minima seorang, maksima 10 orang.

Q : Bolehkah orang awam atau Kumpulan ICC/KIK yang tidak mempunyai sebarang projek untuk dipertandingkan menyertai Konvensyen ini?

A : Boleh. Semasa mendaftar penyertaan, pilih sebagai Pemerhati.

Q : Berapakah bayaran yuran penyertaan untuk menyertai Konvensyen ICC/KIK Malaysia 2022 ini dan cara bayaran?

A : Bayaran yuran penyertaan adalah seperti berikut :

  • KUMPULAN ICC/KIK : RM550 sehari untuk seorang peserta
  • PEMERHATI : RM450 sehari untuk seorang peserta

Nota :

  • Kumpulan ICC/KIK hanya WAJIB hadir pada hari pembentangan projek masing-masing.
  • Kumpulan ICC/KIK boleh hadir pada hari bukan pembentang projek tetapi perlu membayar yuran sebagai pemerhati pada hari tersebut.
  • Bayaran yutan penyertaan boleh dibuat menggunakan Pesanan Tempatan (LO) atau Pindahan Wang (Bank Transfer) atas nama QKM CONSULTS SDN. BHD.
  • Tarikh akhir untuk menjelaskan yuran penyertaan pada 16 November 2022.
  • Kumpulan ICC/KIK atau Pemerhati yang gagal menjelaskan yuran selepas tarikh akhir, tidak dibenarkan untuk menyertai Konvensyen ini.
  • Yuran penyertaan yang telah dijelaskan tidak akan dikembalikan.
  • Yuran penyertaan TIDAK termasuk penginapan.

Q : Adakah Konvensyen ICC/KIK Malaysia 2022 ini menawarkan hadiah kepada pemenang?

A : Ya. Hadiah sebagai bentuk pengiktirafan kepada Kumpulan ICC/KIK yang bertanding adalah seperti berikut :

  • Johan Keseluruhan : Piala Pusingan, Sijil Penghargaan dan Wang Tunai (RM3,000)
  • Kumpulan Terbaik Setiap Sektor :
    • Johan : Piala, Sijil dan Wang Tunai (RM1,000)
    • Naib Johan : Sijil dan Wang Tunai (RM800)
    • Tempat Ke-3 : Sijil dan Wang Tunai (RM600)
  • Anugerah Setiap Kumpulan :
    • Gold : RM300
    • Silver : RM200
    • Bronze : RM100

  Brosur Konvensyen ICC/KIK Malaysia

  Borang Pendaftaran

  Facebook Konvensyen ICC/KIK Malaysia

  Yuran Penyertaan Konvensyen ICC/KIK Malaysia 2022

Untuk maklumat lanjut hubungi Sekretariat Konvensyen :
Whatsapp
: 012-388 2072
   
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.    
Telegram : ICCKIKM2022    

<<< Kembali Ke Laman Utama

facebook_page_plugin

Jumlah Pelawat

Hari Ini 16

Semalam 11

Minggu Ini 16

Bulan ini 55

Keseluruhan 64664

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Khidmat Latihan

QKM menawarkan khidmat latihan untuk meningkatkan kompetensi modal insan seterusnya meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan produktivit sesebuah organisasi.

Khidmat Konsultasi

QKM menawarkan khidmat konsultasi yang kompeten dan professional terutamanya di dalam bidang pengurusan kualiti.

Khidmat Panel Penilai KIK

QKM turut menawarkan khidmat sebagai panel penilai di dalam Konvensyen KIK dengan barisan konsultan yang berpengalaman dan berpengetahuan luas.

JSN Epic is designed by JoomlaShine.com