TERMA & SYARAT PENYERTAAN

1. Untuk mendaftar, sila isikan borang pendaftaran dengan maklumat yang lengkap (terutama nama pegawai yang bertanggungjawab untuk dihubungi).

2. Sila faks atau email borang pendaftaran tersebut kepada sekretariat kursus.

  • Faks : 03-9173 2412
  • Email :This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 3. Setelah borang pendaftaran diterima, pihak sekretariat akan faks atau email dokumen pengesahan penyertaan kepada no. faks atau email yang dicatatkan di dalam borang pendaftaran. Sila maklumkan kepada pihak sekretariat sekiranya tidak menerima apa-apa pengesahan walaupun borang pendaftaran telah dihantar.

4. Peserta dianggap telah bersetuju untuk menyertai program ini apabila borang pendaftaran telah diterima dan dibalas dengan dokumen pengesahan penyertaan oleh pihak sekretariat.

5. Peserta dianggap telah bersetuju untuk menjelaskan yuran penyertaan apabila borang pendaftaran telah diterima dan dibalas dengan dokumen pengesahan penyertaan oleh pihak sekretariat.

6. Pembatalan penyertaan hendaklah dimaklumkan kepada pihak sekretariat secara bertulis 5 hari bekerja sebelum tarikh program. Selepas daripada itu, pembatalan adalah tidak diterima.

7. Yuran penuh penyertaan akan dituntut sekiranya gagal untuk memaklumkan kepada sekretariat tentang pembatalan penyertaan 5 hari sebelum tarikh program.

8. Bagi agensi kerajaan, yuran penuh penyertaan akan dituntut walaupun peserta yang didaftarkan gagal menghadiri program tersebut atas apa jua alasan.

9. Pertukaran peserta dari organisasi yang sama adalah dibenarkan.Makluman awal tentang pertukaran peserta amat dihargai.

10. Penyertaan berdasarkan "first come first serve'

 


TERMA & SYARAT PEMBAYARAN

1. Pembayaran yuran penyertaan boleh dibuat melalui :

  • Cek
  • Pesanan Tempatan (L.O)

2. Pembayaran hendaklah dibuat atas nama : QKM CONSULTS SDN. BHD.

3. Sila hubungi sekretariat program untuk maklumat pembayaran.

4. Untuk pembayaran melalui Pesanan Tempatan (L.O), dokumen tersebut hendaklah diserahkan kepada pihak sekretariat sebelum program berlangsung.

6. Untuk agensi swasta, pembayaran hendaklah dijelaskan sebelum tarikh program dengan menggunakan cek/tunai.

facebook_page_plugin

Jumlah Pelawat

Hari Ini 16

Semalam 26

Minggu Ini 92

Bulan ini 235

Keseluruhan 75381

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Khidmat Latihan

QKM menawarkan khidmat latihan untuk meningkatkan kompetensi modal insan seterusnya meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan produktivit sesebuah organisasi.

Khidmat Konsultasi

QKM menawarkan khidmat konsultasi yang kompeten dan professional terutamanya di dalam bidang pengurusan kualiti.

Khidmat Panel Penilai KIK

QKM turut menawarkan khidmat sebagai panel penilai di dalam Konvensyen KIK dengan barisan konsultan yang berpengalaman dan berpengetahuan luas.

JSN Epic is designed by JoomlaShine.com