Untuk maklumat lanjut, sila hubungi koordinator program :

QKM Consults Sdn. Bhd. (469445-H)

Tel : 03-9173 2367

HP : 012-388 2072 (Pn. Ina)

Email : info@qkmconsult.com

 

facebook_page_plugin

 

   

BLUE OCEAN STRATEGY (BOS) WORKCAMP, INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA (INSTUN), 11-13 DISEMBER 2011

QKM Consult telah mengendalikan Blue Ocean Strategy (BOS) Workcamp untuk Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) pada 11-13 Disember 2011 di Janda Baik, Pahang Darul Makmur.

Program yang bertemakan "Transformasi Organisasi Melalui Pendekatan Strategi Samudera Biru" telah dihadiri oleh 35 orang kakitangan INSTUN termasuk Pengarah dan pegawai-pegawai kanan INSTUN dari semua bahagian.

Program dikendalikan oleh Konsultan Kanan QKM Consult, Dato' Zakaria Ahmad.

       
       

   

BENGKEL PEMANTAPAN PROJEK KIK, BAHAGIAN PEMBANGUNAN SISTEM MAKLUMAT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

QKM Consult telah mengendalikan Bengkel Memantapkan Projek KIK untuk 2 kumpulan dari Bahagian Pembangunan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menyiapkan projek masing-masing. Bengkel ini telah diadakan selama 2 hari.

Antara objektif bengkel ialah, menyingkap kekuatan dan kekurangan hasil kerja kumpulan, memperkasa kekuatan, memperbaiki kekurangan, membetulkan kesilapan terhadap projek mereka. Program ini adalah salah satu usaha mempersiapkan kumpulan tersebut menjelang Konvensyen KIK peringkat Kementerian yang dijangka diadakan pada bulan Oktober 2011.

Program ini dikendalikan oleh Tuan Haji Mohd Hussaini Morid, Prinsipal Konsultan QKM Consult.

       
       
   

KURSUS KIK, LHDN PULAU PINANG, 13-15 SEPTEMBER 2011

Pada 13-15 September 2011, QKM Consult telah dilantik mengendalikan Kursus KIK untuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Pulau Pinang bertempat di Hotel Flamingo Pulau Pinang.

Program ini dikendalikan oleh Tuan Haji Mohd Hussaini Morid, Prinsipal Konsultan QKM Consult.

       
       
   

BENGKEL MEMPERKASA PROJEK KIK, 12-13 JULAI 2011

Pada 12-13 Julai 2011, QKM Consult telah menganjurkan Bengkel Memperkasa Projek KIK bertempat di Hotel Vistana Kuala Lumpur.

       
       
   

SEMINAR KEBANGSAAN KIK/ICC 2011, 10-11 MEI 2011

Pada 10hb-11hb Mei 2011 telah berlangsung Seminar Kebangsaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif Sektor Awam dan Innovative and Creative Circle Sektor Swasta di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Seminar anjuran QKM Consult ini dihadiri oleh 121 peserta dari 41 organisasi awam dan swasta seluruh negara.

Y.Bhg Dato’ Dr. Ismail bin Alias, Timbalan Ketua Perkhidmatan Awam Malaysia (Operasi) telah menyampaikan ucaptama dan seterusnya merasmikan seminar tersebut.
       
       
http://www.iium.edu.my/sites/default/files/users/78/images/km3.jpg    

SEMINAR MEMBUDAYAKAN PENGURUSAN PENGETAHUAN, UIAM, 12 MEI 2011

Ketua Pegawai Eksekutif QKM Consult telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Knowledge Sharing on KM Real-life Project in Malaysia di Seminar Membudayakan Pengurusan Pengetahuan anjuran Universiti Islam Antarabangsa pada 12hb Mei 2011.
       
       
   

KURSUS DAN BIMBINGAN PENJAJA KECIL KENDALIAN DBKL

QKM telah diberi mandat oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengendalikan kursus dan bimbingan untuk peniaga kecil kendalian DBKL untuk tempoh satu tahun mulai Februari 2011. Objektif kursus dan bimbingan untuk membantu peniaga kecil meningkatkan pendapatan mereka dan meningkatkan imej tempat mereka berniaga.

       
       
   

KHIDMAT KONSULTASI MEMBUDAYAKAN INOVASI DAN KREATIVITI UNTUK PERBADANAN PUTRAJAYA

QKM Consult telah dilantik sebagai konsultan oleh Perbadanan Putrajaya untuk melaksanakan program  membudayakan inovasi dan kreativiti dalam kalangan wargakerja Perbadanan melalui kegiatan KIK. Khidmat konsultasi ini adalah untuk tempoh satu tahun iaitu sepanjang tahun 2011. Antara program yang telah, sedang dan akan diadakan ialah Pengenalan Kepada KIK, Bengkel Asas KIK, Pemantapan Projek KIK dan Mini Konvensyen KIK.

Bengkel Asas siri 1 telah diadakan di Port Dickson pada 3hb-5hb April lalu untuk 5 kumpulan pertama. Kumpulan ini sedang melaksanakan projek masing-masing. Mereka akan dibantu oleh konsultan QKM untuk memperkasakan projek KIK mereka dalam bengkel yang bakal diadakan pada 25-27hb Julai 2011 akan datang. Lima kumpulan kedua akan menjalani Bengkel Asas Siri 2 selepas taklimat khas pembudayaan KIK kepada ketua-ketua jabatan dan bahagian yang dijangka diadakan pada awal Ogos 2011.

Program ini dikendalikan oleh Tuan Haji Mohd Hussaini Morid, Prinsipal Konsultan QKM Consult.

Jumlah Pelawat

Hari Ini 7

Semalam 13

Minggu Ini 7

Bulan ini 75

Keseluruhan 39060

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

JSN Epic template designed by JoomlaShine.com