Untuk maklumat lanjut, sila hubungi koordinator program :

QKM Consults Sdn. Bhd. (469445-H)

Tel : 03-9173 2367

HP : 012-388 2072 (Pn. Ina)

Email : info@qkmconsult.com

 

facebook_page_plugin
       

BENGKEL ASAS PELAKSANAAN PROJEK KIK, MAHKAMAH NEGERI JOHOR, 7-8 JULAI 2012

Bengkel Asas Pelaksanaan Projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dalam kalangan pengurusan Tertinggi Mahkamah Negeri Johor telah diadakan pada 7-8hb Julai 2012 di M-Suite Resort Johor Bahru.

Bengkel hujung minggu, 2 hari ini agak istimewa kerana disertai oleh 30 orang pegawai perundangan kanan negeri Johor terdiri dari Hakim-hakim Kanan Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret Mahkamah Majestret dan beberapa orang Pendaftar Mahkamah dari beberapa daerah dalam negeri Johor.

Objektif bengkel ialah untuk memahami konsep, falsafah dan operasi KIK; mendalami teknik-teknik penyelesaian masalah dan proses penambahbaikan; memahami proses menyediakan projek KIK dan  memahami kepentingan penggunaan alat-alat dan teknik-teknik kawalan kualiti serta pemikiran kreatif yang betul untuk menganalisis masalah.

Bengkel dikendalikan oleh Prinsipal Konsultan QKM Consult,Tuan Haji Mohd Hussaini Morid.

 

   

BENGKEL PERDANA KUMPULAN KIK 2012, 25-26 JUN 2012

QKM Consult ingin merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terimakasih kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Ahmad Fadzil bin Mahmud, Timbalan Ketua Pengarah 1, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), para fasilitator, sekretariat bengkel dan para peserta yang telah menjayakan Bengkel Perdana KIK 2012 pada 25-26 Jun 2012 di PWTC Kuala Lumpur yang lalu.

       
       

   

SIMPOSIUM KEBANGSAAN KIK 2012

QKM Consult ingin merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terimakasih kepada Y.Bhg. Dato' Dr. Ismail Alias, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, barisan para konsultan, sekretariat simposium dan para peserta yang telah menjayakan Simposium Kebangsaan KIK 2012.

       
       
   

MINI SEMINAR PENGENALAN KEPADA STRATEGI LAUTAN BIRU, 29 MAC 2012

QKM Consult telah menganjurkan Mini Seminar Pengenalan Kepada Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) pada 29hb Mac 2012 di Hotel Seri Pacific KL.

Mini seminar ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai peringkat pengurusan dari pelbagai agensi seperti MARDI, MARA, MTIB, PERKESO, Lembaga Tabung Haji, Lembaga Pelabuhan Johor, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Akademi Percukaian Malaysia LHDNM.

Mini seminar ini dikendalikan oleh Y.Bhg Dato' Zakaria Ahmad, Konsultan Kanan QKM Consult.

       
       
   

BENGKEL ASAS KIK,LHDN NEGERI PERAK, 20-22 MAC 2012

QKM Consult telah mengendalikan Bengkel Asas KIK untuk pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Negeri Perak selama 3 hari pada 20 – 22 Mac 2012 dan dijalankan di Dewan Wisma Hasil, Ipoh.

Peserta bengkel  terdiri dari 37 orang pegawai LHDNM Perak pelbagai  gred dari Pejabat Pengarah Negeri, LHDNM Cawangan-cawangan Ipoh, Taiping, Telok Intan dan CSI.

Bengkel menekankan asas kembara KIK, bermula dari penubuhan kumpulan,  pemilihan masalah, analisa punca masalah, cadangan penyelesaian, analisa pencapaian projek, pemantauan dan penyeragaman.

Bengkel ini adalah salah satu inisiatif kualiti yang dijalankan oleh LHDNM Perak untuk meningkatkan Star Rating LHDNM.
       
       
   

BENGKEL ASAS PELAKSANAAN PROJEK KIK, 22-23 FEBRUARI 2012

QKM Consult telah menganjurkan Bengkel Asas Pelaksanaan Projek KIK Siri 1 pada 22-23hb Februari 2012 di Hotel Quality City Centre, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Bengkel ini memfokus kepada kumpulan baru KIK. Peserta bengkel ini adalah dari Sekolah Pengajian Siswazah UTM Skudai.

Bengkel dikendalikan oleh Konsultan undangan QKM Consult, Tuan Ramlee Musa.

       
       
   

BENGKEL MEMPERKASA PROJEK KIK, 30-31 JANUARI 2012

QKM Consult telah menganjurkan Bengkel Memperkasa Projek KIK Siri 1 pada 30-31hb Januari 2012 di Hotel Quality City Centre, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Bengkel ini telah disertai oleh pelbagai agensi kerajaan dan IPT antaranya MARDI, KESEDAR, LHDN, MPK, UiTM dan UTM.

Bengkel dikendalikan oleh Konsultan Kanan QKM Consult, Encik Ab Rahman Kamis a.k.a Cikgu Rahman.

       
       
Photo    

BENGKEL TATACARA MELAKSANA PROJEK KIK, 5-6 DISEMBER 2012

QKM Consult telah menganjurkan Bengkel Tatacara Melaksana Projek KIK pada 5-6 Disember 2012 di Hotel Quality City Centre, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Bengkel dikendalikan oleh Prinsipal Konsultan QKM Consult, Tuan Haji Mohd Hussaini Morid.

       
       
   

LAWATAN KM COMMUNITY OF PRACTICE (KMCOP) KE KNOWLEDGE MANAGEMENT CENTRE, SASANA KIJANG BANK NEGARA, 19 JANUARI 2012

QKM Consult telah menyertai lawatan ke Knowledge Management Centre (KMC) di Sasana Kijang Bank Negara pada 19 Januari 2012.

Lawatan tersebut turut disertai lebih kurang 50 orang KM Community of Practice (KMCOP) dari pelbagai agensi dan IPT diketuai oleh Penasihat KMCOP, YBhg Tan Sri Datuk Dr. Hadenan A. Jalil.

Taklimat telah diberikan oleh Encik Ghazali Mohamed Fadzil,Timbalan Pengarah KMC Bank Negara dan Dr.Jasbir Singh, Pengurus KMC Bank Negara.

 

Jumlah Pelawat

Hari Ini 7

Semalam 13

Minggu Ini 7

Bulan ini 75

Keseluruhan 39060

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

JSN Epic template designed by JoomlaShine.com