Untuk maklumat lanjut, sila hubungi koordinator program :

QKM Consults Sdn. Bhd. (469445-H)

Tel : 03-9173 2367

HP : 012-388 2072 (Pn. Ina)

Email : info@qkmconsult.com

 

facebook_page_plugin

Beberapa Kumpulan KIK yang mengikuti program 'coaching’ yang dikendalikan oleh Principal Consultant QKM telah berjaya memenangi tempat di Konvensyen KIK samada peringkat kebangsaan, kementerian, jabatan dan agensi.

   

KONVENSYEN KIK PERKHIDMATAN AWAM PERINGKAT KEBANGSAAN KE-30 2013

Kumpulan KIK Sihat XV dari Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL yang mewakili Wilayah Persekutuan berjaya memenangi Anugerah Ketua Pengarah MAMPU, kategori Negeri (Pengurusan) dan Anugerah INOVASI (MACRI) di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan Ke-30 Tahun 2013 yang berlangsung pada 1-3 Disember 2013 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak.

Kumpulan Sihat XV telah mengikuti program coaching kendalian QKM bermula dari bulan Mei 2013.

       
       

Kumpulan KIK Kerai, Klinik C&C Jerantut

Foto kredit Twitter Klinik C&C Jerantut

   

KONVENSYEN KIK KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) 2013

Kumpulan KIK Kerai dari Klinik C&C Jerantut yang mewakili Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kerana telah berjaya mendapat tempat ke-3 kategori teknikal di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) sempena Hari Inovasi 2013 Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Kumpulan Kerai telah menghadiri bengkel dan menjalani program coaching kendalian QKM Consult, bermula dari bulan Julai 2013.

       
       

Kumpulan KIK Sihat XV, DBKL

Foto kredit laman web The Star Online

   

KONVENSYEN KIK PERKHIDMATAN AWAM PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN 2013

Dua Kumpulan KIK dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengikuti program KIK anjuran QKM telah berjaya menjadi Johan di Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam Peringkat Wilayah Persekutuan yang berlangsung pada 1-2 Oktober 2013 di Putrajaya iaitu:

  • Kumpulan Sihat XV dari Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar - Johan Kategori Pengurusan
  • Kumpulan Reporter Two dari Pejabat Cawangan Titiwangsa - Johan Kategori Teknikal

 

Kedua-dua Kumpulan KIK telah mengikuti program coaching kendalian QKM bermula dari bulan Mei 2013.

Kumpulan mewakili Wilayah Persekutuan ke Konvensyen KIK Kebangsaan Perkhidmatan Awam di Kuching, Sarawak pada bulan Disember 2013.

       
       

Foto kredit laman web LLM

   

KONVENSYEN KIK LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA (LLM) 2013

Tiga syarikat konsesi lebuhraya yang mengikuti program KIK anjuran QKM telah berjaya mendapat tempat di Konvensyen KIK Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang berlangsung pada 17 September 2013 di Dewan Serbaguna LLM, Kajang iaitu:

  • Kumpulan KICC dari KESAS - Johan
  • Kumpulan G4CE dari GCE - Naib Johan
  • Kumpulan ii-HELP dari LKSA - Tempat Ketiga

 

Kumpulan KICC KESAS telah mengikuti program Bengkel Pemurnian Projek KIK QKM pada bulan Ogos dan September 2013.

Manakala kumpulan G4CE GCE dan ii-HELP LKSA dari Kumpulan PROLINTAS telah menghadiri bengkel dan menjalani program coaching kendalian QKM bermula dari bulan April 2013.

       
       

Kumpulan KIK 3P, Lembaga Pelabuhan Kelang

Foto kredit Facebook PKA

   

KONVENSYEN KIK KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA PERINGKAT AGENSI 2013

Kumpulan KIK 3P dari Lembaga Pelabuhan Kelang kerana telah berjaya mendapat tempat ke-3 di Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) 2013, Kementerian Pengangkutan Malaysia Peringkat Agensi yang telah berlangsung pada 2-3 September 2013 di Hotel KSL Resort, Johor Bahru.

Kumpulan 3P telah menghadiri bengkel KIK dan menjalani program coaching bermula dari bulan Mei 2013.

       
       

Kumpulan KIK KUALITI, Bhgn Pengurusan Latihan Kem. Kesihatan

Foto kredit Facebook BPL KKM

   

KONVENSYEN KIK KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

Kumpulan KIK KUALITI dari Bahagian Pengurusan Latihan KKM kerana telah berjaya menjadi Johan kategori Pengurusan di Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) 2013, Kementerian Kesihatan Malaysia Peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung pada 26-29 Ogos 2013 di The Regency Hotel Kuala Lumpur.

Kumpulan telah menghadiri bengkel KIK dan menjalani program coaching bermula dari bulan April 2013.

Kumpulan mewakili Kementerian Kesihatan Malaysia ke Konvensyen KIK Kebangsaan Perkhidmatan Awam di Kuching, Sarawak pada bulan Disember 2013.

       
       

Kumpulan KIK Movement dan Tech-Tonic, PMINT

Foto kredit laman web PMINT

   

MINI KONVENSYEN ON TEAM EXCELLENCE MPC (WILAYAH TIMUR) 2013

Kumpulan KIK Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Kumpulan Movement (Pengurusan) dan Kumpulan Tech-Tonic (Teknikal)  telah berjaya memenangi Anugerah Emas di Mini Konvensyen On Team Excellence (KIK) anjuran MPC yang telah berlangsung pada 28 Mac 2013 di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu. Kumpulan Tech-Tonic turut berjaya dianugerahkan sebagai "The Most Promising Innovative and Creative Circle".

Kedua-dua kumpulan telah menghadiri bengkel KIK dan menjalani program coaching bermula dari bulan November 2013.

       
       
   

KONVENSYEN KIK KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI & AGENSI 2013

Kumpulan AOTD dari Bahagian Kemajuan Teknologi Oleokimia, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) kerana berjaya menjadi Johan kategori Teknikal di Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) 2013 Peringkat Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) & Agensi yang telah berlangsung pada 11 September 2013 di MPIC, Putrajaya.


Kumpulan telah menjalani latihan dan mengikuti program coaching kendalian QKM bermula dari bulan Mei 2013.

       
       

   

KONVENSYEN KIK PERKHIDMATAN AWAM PERINGKAT KEBANGSAAN KE-29 2012

Dua kumpulan KIK dari  negeri Sarawak iaitu Kumpulan Q-INNO dari JKR Bintulu Sarawak (kategori teknikal) dan Kumpulan SKIP dari Perbendaharaan Negeri Sarawak (kategori pengurusan) menjadi Johan di Konvensyen KIK Peringkat Kebangsaan Sektor Awam 2012 yang berlangsung di Porto Malai, Langkawi pada 5-7 November 2012.

       
       

   

KONVENSYEN KIK JABATAN PERTANIAN MALAYSIA 2012

Kumpulan KIK KK8 dari Jabatan Pertanian Daerah Kluang, Johor yang melaksanakan projek bertajuk “Sisa Baki Racun Pada Tanaman Sayuran Daun” telah memenangi tempat ke-2 di Konvensyen KIK Jabatan Pertanian Malaysia 2012  yang berlangsung pada 4 September 2012 lalu. Kumpulan KIK KK8 yang baru ditubuhkan dan menjalani program 'coaching' bimbingan Prinsipal Konsultan QKM, Tuan Haji Hussaini Morid bermula dari bulan Februari 2012.

       
       

   

KONVENSYEN KIK LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA (LLM) 2012

Kumpulan KIK Eugenia dari syarikat konsesi lebuhraya, Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (LITRAK), telah berjaya memenangi tempat ke-2 di Konvensyen KIK Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) 2012. Kumpulan KIK Eugenia menjalani program 'coaching' di bawah bimbingan Prinsipal Konsultan QKM, Tuan Haji Hussaini Morid bermula dari bulan April 2012.

       
       

   

KONVENSYEN KIK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2012

Kumpulan KIK H3LPS dari Bahagian Pengurusan Maklumat Kementerian Pelajaran Malaysia telah berjaya memenangi tempat ke-3 (kategori teknikal) di Konvensyen KIK Kementerian Pelajaran Malaysia 2012 yang berlangsung dari  29 Oktober -1 November 2012 di Hotel Royale Bintang, Seremban, Negeri Sembilan.

Kumpulan KIK H3LPS telah membentangkan projek “Sistem Pengurusan Meja Bantuan ICT Sedia Ada Kurang Efisien Dan Efektif” yang menghasilkan sistem aduan dan maklumat penyenggaraan ICT melalui teknologi mobile

Jumlah Pelawat

Hari Ini 7

Semalam 13

Minggu Ini 7

Bulan ini 75

Keseluruhan 39060

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

JSN Epic template designed by JoomlaShine.com